budak-budak filasuf mrsm q-ber 1994/1995 raja, apek, john, jan, syah, apiz, may, zaidil, iza, liyana, azura, saadah, niq, aerol, fadzlin etc...

12 May, 2008

KING SUDAH BALIK!!


Dengar khabar, kawan kita dari Sudan, YM Raja Mohd Khidir sudah pun berada di tanah air.. Harap kepada tuan punya diri dapat melapor diri secepat mungkin di ruangan blog ini supaya reunion kita dapat dirancang dan diadakan dalam masa terdekat...
Saya juga menerima banyak tekanan dan kecaman dari beberapa filasufians kerana blog ini yang diwujudkan khas sempena reunion filasufian 1995 tidak memaparkan berita-berita terkini berkenaan reunion tersebut. Oleh yang demikian saya berharap kepada semua ahli dapat memberi kerjasama dan cadangan berkenaan reunion ini selain info terkini mengenai aktiviti diri dan keluarga masing-masing. Seterusnya dapatlah saya updatekan ke ruangan blog yang tidak seberapa ini..

03 May, 2008

mini reunion?

assalamualaikum semua..
maaf kerana lama takde posting baru. maklum la semua orang sibuk dan tak de apa-apa aktiviti menarik yang nak ditulis. Tapi petang tadi lebih kurang pukul 5.13 petang aku dapat call dari si Apis bagitau dia ada kat Kuala Besut dan minta aku datang entertain dia.
He he nasib baik aku tengah bersenang lenang dan dengan segera drive ke Kuala Besut. Rupa-rupanya mamat ni baru sampai dari Pulau Perhentian. Masa aku taip posting ni dia dah naik bas balik KL dengan 20 orang opismate dia yang datang sekali.. RM350 je sorang beb, 3hari 2 malam. Complete package dari KL. Sila lah datang ke daerah Besut kampung halaman aku nih.. Nak reunion kat sini pun aku rasa terbaek jugak..

Aku pun bawak le Apis gi makan tomyam kebetulan aku memang nak keluar makan pun. So itule gambar Apis, Harris (anak aku) dengan aku kat kedai tomyam. Bini aku tukang snap.

01 April, 2008

JOHN TELAH DITEMUI DI DAMANSARA UPTOWN PADA MALAM 29/03/08


3 orang shj Filasufian yg ade pada mlm tu.
Nampaknya John kelihatan semakin berisi dan tembam manakala Apiz agak maintain seperti dahulu kala. May yang datang bersama bini dan anaknya pula kelihatan semakin hensem!


2 orang lagi yang hanya berangan nak jadi Filasufian...
Fairuz Omar dan Nizam Kechik!
Fairuz juga agak maintain sementara Nizam sudah ditumbuhi bulu-bulu jantan sebenar di muka dan beberapa bahagian lain badannya.
untuk makluman, Nizam terpaksa memberi alasan keluar membeli dvd kepada bininya hanya untuk lepak minum lama-lama dengan Filasufian!

25 March, 2008

DI MANA KAWAN-KAWAN ANDA?

assalamualaikum..
kawan-kawan yang dikasihi sekelian, dengan sukacitanya dimaklumkan dengan ini beberapa orang bekas pelajar 5 Filasuf 1995 MRSM Q-Ber telah berjaya dihubungi iaitu:

* Mohd Zaidiladha zaidiladha@gmail.com 012-3311885
* Ahmed Fairuz emel tidak disertakan 012-6151490
* Tengku Abd Rahman rem_inder@yahoo.com 012-3193009
* Raja Mohd Hidir king_strike_x@yahoo.com
* Qamal Azlan q4zu@yahoo.com 017 6046366
* Ahmad Hafidz hapitts@yahoo.com 012-2012464
* Syahrill d4nc3v0lut10n@yahoo.com 012-3381321
* Mohd Faizal emel tidak disertakan 019-5609391
* Iza Elyana izaelyana.ishak@nike.com 012-3424422
* Liyana nurliyanahasim@yahoo.com 019-2625146
* Azura azura.hamzah@nottingham.edu.my 012-5129419

Manakala ramai lagi yang masih tidak dapat dihubungi. Diharap sesiapa yang mempunyai maklumat dapat membantu mengesan kawan2 kita seperti di bawah ini:

* Nik Norhaslinda
* Husna
* Rena Rozaini
* Saadah
* Fadzlin
* Hairul
* Ija
* Aizan

sebarang informasi, cadangan atau bantahan boleh dihantar ke filasuf95@yahoo.com atau telefon saje ke mana2 Filasufians yang di atas. terima kasih!

19 March, 2008

REUNION 2008

assalamualaikum. walaupun blog ini masih dalam pembinaan (under construction!) saya mengalu-alukan semua FILASUFIAN berinteraksi di ruangan CHAT BOX kat sbelah kiri skrin ni. harapan saya adalah untuk mengumpulkan semula semua alumni kelas 5F a.k.a 5 Filasuf MRSM KUALA BERANG tahun 1995 di sini dan seterusnya dapat bertemu together-gether dalam satu gathering nanti.
sesiapa yang mempunyai informasi mengenai apa saja berkaitan 5F 1995 MRSM Q-Ber boleh la juga menghantar e-mel ke filasuf95@yahoo.com.
gambar-gambar kelas adalah sangat dikehendaki bagi menceriakan blog ini.

Pesanan dari Apiz!