budak-budak filasuf mrsm q-ber 1994/1995 raja, apek, john, jan, syah, apiz, may, zaidil, iza, liyana, azura, saadah, niq, aerol, fadzlin etc...

12 May, 2008

KING SUDAH BALIK!!


Dengar khabar, kawan kita dari Sudan, YM Raja Mohd Khidir sudah pun berada di tanah air.. Harap kepada tuan punya diri dapat melapor diri secepat mungkin di ruangan blog ini supaya reunion kita dapat dirancang dan diadakan dalam masa terdekat...
Saya juga menerima banyak tekanan dan kecaman dari beberapa filasufians kerana blog ini yang diwujudkan khas sempena reunion filasufian 1995 tidak memaparkan berita-berita terkini berkenaan reunion tersebut. Oleh yang demikian saya berharap kepada semua ahli dapat memberi kerjasama dan cadangan berkenaan reunion ini selain info terkini mengenai aktiviti diri dan keluarga masing-masing. Seterusnya dapatlah saya updatekan ke ruangan blog yang tidak seberapa ini..

03 May, 2008

mini reunion?

assalamualaikum semua..
maaf kerana lama takde posting baru. maklum la semua orang sibuk dan tak de apa-apa aktiviti menarik yang nak ditulis. Tapi petang tadi lebih kurang pukul 5.13 petang aku dapat call dari si Apis bagitau dia ada kat Kuala Besut dan minta aku datang entertain dia.
He he nasib baik aku tengah bersenang lenang dan dengan segera drive ke Kuala Besut. Rupa-rupanya mamat ni baru sampai dari Pulau Perhentian. Masa aku taip posting ni dia dah naik bas balik KL dengan 20 orang opismate dia yang datang sekali.. RM350 je sorang beb, 3hari 2 malam. Complete package dari KL. Sila lah datang ke daerah Besut kampung halaman aku nih.. Nak reunion kat sini pun aku rasa terbaek jugak..

Aku pun bawak le Apis gi makan tomyam kebetulan aku memang nak keluar makan pun. So itule gambar Apis, Harris (anak aku) dengan aku kat kedai tomyam. Bini aku tukang snap.

Pesanan dari Apiz!